Anwar Ibrahim Umum RMK13, Ini Komitmen Kerajaan Pastikan Kesejahteraan Rakyat! | Oh! Negara – Oh! Media

Anwar Ibrahim Umum RMK13, Ini Komitmen Kerajaan Pastikan Kesejahteraan Rakyat! | Oh! Negara – Oh! Media

Oh! Negara

RMK13 diumum dengan peruntukan RM611 bilion! Fokus kepada sejuta rumah mampu milik, peluang kerja bernilai tinggi dan reformasi pendidikan kesihatan.


Kerajaan telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat dan menetapkan halatuju pembangunan negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Menerusi perkongsian Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Facebook, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM611 bilion, pelan ini dilihat sebagai usaha besar-besaran untuk menyusun semula struktur ekonomi negara, selain memastikan setiap rakyat tanpa mengira latar dapat merasai nikmat pembangunan secara adil dan saksama.

Fokus utama RMK13: pendidikan, kesihatan, rumah & TVET

Antara isi penting RMK13 yang menarik perhatian ialah:

  • Pelaburan besar dalam pendidikan dan kesihatan
  • Pembangunan wilayah secara seimbang
  • Pembinaan sejuta rumah mampu milik
  • Pengembangan program TVET secara besar-besaran
  • Pendigitalan perkhidmatan awam
  • Penciptaan lebih sejuta pekerjaan bernilai tinggi

Semua ini digerakkan berlandaskan nilai MADANI, dengan matlamat bukan hanya mencapai status negara berpendapatan tinggi, tetapi juga kemajuan yang dirasai seluruh rakyat, sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Tekanan kos sara hidup dan ketidaksamaan jadi fokus

RMK13 turut menekankan kepada:

  • Reformasi pasaran buruh
  • Pengukuhan sistem sokongan sosial
  • Ikhtiar menangani kos sara hidup
  • Memastikan tiada golongan terpinggir

Usaha ini bukan sahaja menuntut pelaksanaan yang cekap, tetapi komitmen dan penglibatan rakyat dari semua lapisan untuk menjayakannya.

Pssttt! Tak semua peluang datang bergolek, tapi RMK13 buka banyak ruang untuk kita bangkit bersama. Ambil peluang, tingkatkan diri dan rebut masa depan!

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top