[VIDEO] Tergelincir Di Kawasan Air Terjun, Syed Saddiq Cemas Tak Sempat Selamatkan Bella Astillah – “Kepala Benjol, Demam”

[VIDEO] Tergelincir Di Kawasan Air Terjun, Syed Saddiq Cemas Tak Sempat Selamatkan Bella Astillah – “Kepala Benjol, Demam”

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi tragedi membimbangkan apabila dirinya tergelincir ketika berjalan meniti batu-batu di kawasan air terjun.

Bella atau nama sebenanrya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, memuat naik kejadian tersebut menerusi sebuah video di Instagram Story (IGs) miliknya.

Bideo tersebut turut memaparkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang turut cemas dengan kejadian itu namun tidak sempat untuk menyelamatkan Bella yang sudah terjatuh dipercayai kepalanya terhentak di batu.

Bagaimanapun, ibu anak dua ini berkata dia tidak mengalami kecelakaan membimbangkan, namun akan melakukan pemeriksaan usai penggambaran tersebut.

Menerusi video lain di IGs, Bella yang sedang bercakap telefon bersama ibu penyanyi, Daniesh Suffian menjelaskan kepalanya benjol besar akibat tergelincir.

Dalam masa sama, Bella yang berada di Tawau, Sabah itu dilaporkan tidak sihat.

Scroll to Top