Oh! Tidak
Pelajar 16 tahun maut selepas dirempuh anggota polis yang langgar lampu merah di Guar Chempedak.
Seorang pelajar tingkatan empat, Muhammad Nur Iman Danial Mohd Roshidi, 16, disahkan meninggal dunia selepas hampir tiga hari bertarung nyawa di ICU Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Kemalangan yang menimpa remaja ini berlaku pada Isnin lalu di persimpangan lampu isyarat Pekan Guar Chempedak, Kedah. Ketika itu, motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan baru sahaja bergerak selepas lampu isyarat bertukar hijau.
Namun malangnya, sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang anggota polis datang dari arah bertentangan, melanggar lampu isyarat merah dan merempuh mangsa.
Mangsa dikebumikan selepas solat Jumaat…
Muhammad Nur Iman Danial sempat menerima rawatan di hospital namun menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 9 malam kelmarin. Suasana pilu menyelubungi Masjid Alwustha, Guar Chempedak apabila jenazahnya disolatkan dan dikebumikan selepas solat Jumaat.
Kehilangan ini sememangnya dirasai seluruh ahli keluarga dan penduduk setempat memandangkan usia mangsa masih muda dan masa depannya masih panjang.
Polis sahkan pemandu langgar lampu merah…
Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohd Hamizi Abdullah mengesahkan siasatan awal mendapati pemandu kereta tersebut yang merupakan anggota polis tidak berhenti walaupun lampu isyarat ketika itu merah.
Pemandu kereta dikenal pasti sebagai anggota polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan. Kami tidak berkompromi dengan kecuaian seperti ini.- Jelas beliau.
Beliau juga memberi jaminan bahawa kes ini akan disiasat secara telus dan menyeluruh di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang merujuk kepada kesalahan memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian.
Pssttt! Kejadian ini sangat menyedihkan dan membuka mata kita semua bahawa kecuaian di jalan raya, walaupun sesaat, boleh meragut nyawa orang yang tak bersalah. Ohmedia harap korang semua, tak kira siapa pun kita, sentiasa patuhi undang-undang jalan raya. Jangan fikir kita kebal dengan uniform atau pengalaman memandu. Ingat, satu nyawa yang hilang takkan boleh diganti.
Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!