[VIDEO] Amira Othman Kantoi Tahu ‘Password’ Telefon Fattah Amin

[VIDEO] Amira Othman Kantoi Tahu ‘Password’ Telefon Fattah Amin

Penyanyi, Amira Othman sekali lagi mencuri tumpuan selepas tular sebuah video di platform TikTok yang jelas menunjukkan keakbarannya bersama aktor, Fattah Amin.

Video siaran langsung tersebut memaparkan Amira atau nama lengkapnya, Nadia Amira Othman, 32, sedang berinteraksi dengan peminat yang meminta dirinya menyanyikan sebuah lagu.

Namun begitu, apa yang mencuri tumpuan adalah ketika Amira mahu membuka telefon milik Fattah bagi mencari lirik.

Amira dengan spontan memasukkan ‘password’ telefon aktor berkenaan sekaligus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mendakwa hubungan mereka semakin rapat kerana berkongsi kata kunci yang dianggap satu privasi.

Pelantun lagu Dalam Sujudmu ini seakan terkejut setelah menyedari perkara tersebut yang menjadi sebutan ramai dalam sesi siaran langsung itu.

“Eh, korang nampak ke saya buka password?,” katanya seakan tersipu malu.

@cute08628

#amiraothman #fattahamin #fattmira #emierahq

♬ bunyi asal – cute – cute

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen mengusik Amira yang terhibur melihat gelagatnya.

Sebelum ini, Amira meraih perhatian apabila memuat naik video Fattah menggunakan lagu ‘Jatuh Cinta Lagi’ milik penyanyi, Nadhif Basalamah di akaun TikTok miliknya.

Artikel Berkaitan: “Sweet, Rakan Sekerja Bawa Ayah Jumpa Abang Long” – Ibu Fattah Amin Komen Video ‘Jatuh Cinta Lagi’ Amira Othman

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Puji Fattah Amin, Anggap Seorang Jejaka Sangat ‘Sweet’

Scroll to Top