Oh! Tidak
Peniaga nasi lemak di Balik Pulau bengang selepas dimaki pelanggan kerana kira harga bilis dan telur asing. Netizen kesal dengan sikap biadab pelanggan.
Tular di Facebook satu perkongsian daripada Penang Kini memaparkan luahan seorang peniaga nasi lemak dari Balik Pulau, Pulau Pinang.
Peniaga tersebut mendakwa dirinya dimaki seorang pelanggan lelaki yang tak berpuas hati dengan cara kiraan nasi lemak.
“Bukan dah bubuh segala mak nenek, nak bayar hang dok pura-pura terkejut”

Difahamkan, ikan bilis dan telur dikira dengan harga berasingan mengikut kehendak pelanggan. Kalau pelanggan nak telur, baru ada dan dikira harga asing!
Menurut perkongsian itu, pelanggan dikatakan bersikap kasar terhadap seorang pembantu wanita di gerai berkenaan.
Peniaga itu turut menjelaskan sudah dua tahun berniaga di lokasi sama, tetapi ini kali pertama pelanggan ‘complaint’.
“Hang tak tanya harga, tapi suka hati maki orang!”

Katanya, rata-rata pelanggan sudah sedia maklum bahawa lauk seperti bilis dan telur memang akan dikira asing, bukan dijual satu set.
Pelanggan itu dikatakan mengherdik dengan perkataan kesat walaupun dah diberi penerangan jelas mengenai harga.
Peniaga berkenaan kesal dirinya dan staf dilayan seperti tidak bermaruah hanya kerana isu kecil yang boleh diselesaikan dengan bertanya elok-elok.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




