Nina Ismail Sabri Puji Bella Astillah, Sindir Pihak Sengaja Letak Dalam Situasi Memalukan | Oh! Artis – Oh! Media

Nina Ismail Sabri Puji Bella Astillah, Sindir Pihak Sengaja Letak Dalam Situasi Memalukan | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Nina Ismail Sabri tegaskan Bella sudah move dan memaafkan, tetapi tidak mudah melupakan.


Nama Bella Astillah terus menjadi bualan hangat selepas momen janggal di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025, malam tadi.

BACA: Tiz Zaqyah Dedah Sikap Melodi, Dakwa Pernah Terjah Set Dan ‘Interview’ Artis Sampai Menangis

Terbaru, selebriti media sosial Nina Ismail Sabri turut tampil menyuarakan sokongan terbuka kepada Bella.

“Well done Bella”

Dalam satu ciapan di Threads, Nina memuji profesionalisme Bella yang masih mampu mengangkat kepala dan berlagak tenang walaupun sedar dirinya sedang diletakkan dalam situasi yang tidak menyenangkan.

Nina Ismail Sabri

Nina juga memberi bayangan bahawa walaupun seseorang itu nampak tenang dan seperti sudah ‘move on’ namun luka lama tidak akan hilang begitu saja.

“Boleh maaf, tapi tak akan lupa”

Bella Astillah

Ujar Nina lagi, Bella sudah ‘move on’ dengan sejarah hitam perkahwinan terdahulu. Namun, ianya tidak mudah dilupakan begitu je.

She has moved on for sure, tapi those yang pernah rasa je tau you can forgive or move on, but you can never forget.

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan itu dan ramai yang kesal kerana Bella sering kali menjadi sasaran kecaman setiap kali ada isu panas melibatkan dirinya.

Pssttt! Walau macam mana pun Bella dikritik, momen seperti ini membuktikan bahawa ramai juga yang faham dan menyokongnya secara terbuka. 

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top