“Dia Dah Move On, Yang Pernah Rasa Je Tahu” – Nina Ismail Sabri Kagum Dengan Bella Astillah

“Dia Dah Move On, Yang Pernah Rasa Je Tahu” – Nina Ismail Sabri Kagum Dengan Bella Astillah

Pempengaruh media sosial, Nina Ismail Sabri memuji pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang dilihat profesional ketika menyampaikan anugerah di Anugerah Melodi Terhangat malam tadi.

Menerusi perkongsian di Threads, Nina melihat Bella sudah move on namun bagi mereka yang pernah melaluinya mungkin susah untuk melupakan apa yang terjadi.

BACA: “Bella Gigil Sebab Trauma, Dia Je Pernah Nampak Apa Yang Orang Tak Tahu” – PA

Malah, Nina turut merasa kagum dengan Bella yang tetap profesional ketika berhadapan dengan situasi berkenaan meskipun diletakkan di tempat tidak sepatutnya,

“Nampak dengan jelas dia dah ‘move on’, tapi hanya yang pernah rasa je faham. Kita boleh maafkan dan teruskan hidup, tapi kita tak akan pernah lupa.

“Bella tetap profesional dan hadap situasi itu walaupun dia diletakkan dalam keadaan yang tak sepatutnya. Well done Bella,” tulisnya.


Scroll to Top