“Allah Pun Ampunkan Hamba-Nya, Awak Sejijik Manusia Kenapa Angkuh?” – Sophia Albarakbah Kesal Isu Lama Diungkit Kembali

“Allah Pun Ampunkan Hamba-Nya, Awak Sejijik Manusia Kenapa Angkuh?” – Sophia Albarakbah Kesal Isu Lama Diungkit Kembali

Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah meluahkan rasa kesal apabila isu lama mengaitkan dirinya didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga bekas pasangan selebriti, Bella Astillah dan aktor, Aliff Aziz kembali hangat.

Menerusi ruangan komen di Instagram (IG) miliknya, Sophia atau pemilik nama sebenar Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, menganggap isu tersebut telah berlaku beberapa tahun yang lalu dan tidak wajar sekiranya diungkt semula.

Dalam masa sama, Sophia turut mempertikaikan mengapa netizen tidak henti melemparkan tohmahan terhadapnya dan sukar untuk memaafkan kekhilafannya.

“Dah berapa tahun kes ini, kalau asyik nak ungkit sampai bila pun tak selesai.

“Sedangkan Allah pun boleh ampunkan Hamba-Nya, awak sekerdil, sejijik manusia kenapa angkuh sangat?,” tulisnya.

Sophia berkata demikian membalas komen netizen yang mengkritiknya tersilap langkah.

Sebelum ini, malam Anugerah Melodi Terhangat 2025 menjadi topik perbualan hangat di media sosial susulan momen penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menyampaikan kategori selebriti feminin terhangat yang dimenangi oleh aktres, Sophia Albarakbah.

Mempunyai kisah silam yang mendukakan, Bella yang kelihatan trauma di atas pentas seakan sukar menyebut nama Sophia sebagai pemenang.

@xtra_my

Anggun, berbakat & penuh aura tersendiri…Tahniah Sophia Al-Barakbah, pemenang Selebriti Feminin Terhangat! 🌹🔥 #xtramy #amt2025

♬ original sound – XTRA – XTRA

Susulan itu, pembantu peribadi Bella, Niel Rafeq mendedahkan selebriti itu menggigil dan masih trauma dengan perkara yang terjadi yang hanya diketahui oleh rakan terdekatnya sahaja.

Artikel Berkaitan: PA Dedah Bella Astillah Menggigil, Trauma Berdepan Sophia Albarakbah – “Kawan Terdekat Tahu Apa Dia Buat…”

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Rasa Kena Sindir Pun” – Sophia Albarakbah Tak Rasa Kekok Terima Trofi, Ketiadaan Bella Astillah Di Sidang Media Timbul Tanda Tanya

Scroll to Top