Nama penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris menjadi bualan ramai susulan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya, Fazilah Omar.
Memetik mStar Online, Fitri menyifatkan tuduhan tersebut tidak berasas dan rumah tangganya bersama isteri dalam keadaan baik.
“Tak adalah, isteri saya dan anak-anak juga ada disini. Kami bahagia dan sihat sahaja. Bagi saya dakwaan itu tidak ditujukan kepada saya. Saya menafikannya,” katanya.
Sementara itu, Fitri berkata dia hanya tahu mengenai mengenai dakwaan itu selepas diberitahu oleh wartawan, malah dia tidak mengikuti perkembangan dunia hiburan kerana sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah.
“Masa saya banyak dihabiskan dengan keluarga dan kerjaya sebagai ahli akademik. Hujung munggi saya terlibat dengan UNIC. Saya tak ada masa untuk layan dakwaan seperti tu. Saya tak rasa apa-apa sebab saya tahu itu bukan saya,” katanya.
Dalam pada itu, isteri Fitri iaitu Fazilah berkata rumah tangganya mereka dalam keadaan bahagia serta memilih untuk mempercayai suaminya.
“Saya tak boleh nak cakap apa-apa dan tiada apa yang nak diulas. Saya percaya pada suami saya. Saya rasa perkara ini melibatkan banyak pihak, kalau tak tentu saja dia dah lama mengesahkan tuduhan itu. Alhamdulillah saya dan suami okay saja,” katanya.
Terdahulu, tular mengenai penyanyi nasyid didakwa berlaku curang terhadap isterinya apabila dilihat keluar berduaan dengan wanita lain di sebuah pusat membeli-belah. Sumber mendakwa wanita didakwa menjadi orang ketiga itu dikatakan anak kepada ahli politik.
Sumber: mStar Online




