Amira Othman Perjelas Dakwaan Kantoi Tahu Password Fattah Amin – “Masa Tu Telefon Dalam Keadaan…”

Amira Othman Perjelas Dakwaan Kantoi Tahu Password Fattah Amin – “Masa Tu Telefon Dalam Keadaan…”

Penyanyi Amira Othman, 32, berpendapat isu berkenaan sama ada dia tahu atau tidak kata laluan telefon pintar milik pelakon Fattah Amin, 35, bukanlah perkara yang wajar diperbesarkan.

Menurut Amira, hubungan kerja yang sudah lama terjalin antara mereka menyebabkan kedua-duanya selesa dan sentiasa menjaga batas profesionalisme.

“Tahu atau tak tahu ke, pada saya tiada isu pun. Bagi saya, ia bukan sesuatu perkara yang harus diperbesarkan, saya pegang telefon Fattah sebab ketika sesi siaran langsung itu, kami hanya tengok komen orang ramai saja.

“Kami tidak pegang telefon untuk tengok urusan peribadi dan tidak ganggu privasi Fattah, begitu juga sebaliknya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Amira Othman Kantoi Tahu ‘Password’ Telefon Fattah Amin

Mengulas lebih lanjut mengenai usikan kononnya dia tahu kata laluan telefon Fattah, Amira menjelaskan situasi sebenar yang berlaku sewaktu siaran langsung itu hanyalah salah faham.

“Sebenarnya, ia bukan seperti yang orang ramai fikirkan. Saya nak beri penjelasan di sini mengenai perkara itu. Selepas saya tengok semula video itu, bukan saya yang buka kata laluan Fattah sebaliknya masa dia beri telefon itu dalam keadaan ‘unlock’.

“Jadi bila soalan tu ditanya peminat, saya pun tertanya-tanya semula kerana saya tak buka kata laluan itu dan saya juga tanya semula pada orang ramai sama ada saya ada buka kata laluan telefon pintar Fattah?

“Saya pun tak perasan dan bila tengok balik video itu baru saya teringat saya tak buka pun kata laluan telefon Fattah itu,” jelasnya kepada XTRA.

Amira dan Fattah ditemui pada majlis pembukaan semula butik Amber di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Sementara itu, Fattah turut tampil memberikan penjelasan, menjelaskan mereka saling menghormati ruang peribadi masing-masing walaupun akrab sebagai rakan sekerja.

Menurut Fattah, telefon bimbit miliknya sudah dalam keadaan terbuka ketika diberikan kepada Amira, yang ketika itu mahu merujuk lirik lagu duet mereka berjudul Dua Insan Bercinta sewaktu sesi siaran langsung.

“Waktu itu, Amira nak tengok lirik lagu dan saya pun tengah ‘Google’ dan bila dia nak pinjam telefon, saya pun bagilah dan memang dah buka pun.

“Sama juga macam sebelum ini, saya pegang telefon Amira ketika sesi siaran langsung butik Amber dan ada yang perasan saya tersalah pegang telefon Amira sedangkan waktu tu saya nak tengok komen orang ramai,” ujarnya.

Scroll to Top