Nama wanita dari Singapura Sarah Yasmine, sekali lagi jadi perhatian ramai selepas dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang individu.
BACA: “Marketing Murahan” – Anugerah Melodi Dikecam Pertemukan Bella Dan Sophia Albarakbah Di Pentas
Dalam satu hantaran di Threads, Sarah berkata, ada seseorang telah menjelingnya sewaktu menghadiri Anugerah Melodi Terhangat (AMT 2025) Ahad lalu.

Sarah meminta individu itu ada ‘class’ tersendiri dan lebih baik berpura-pura tidak nampak daripada muncul hanya untuk ‘menjeling’.
Lebih pedas, Sarah turut mempersoalkan kemenangan anugerah ‘feminin’ sedangkan penerima langsung tak mencerminkan keayuan seperti yang digambarkan.
Bestie menang feminine award tapi tak feminine sangat pun sebab… #ytjt
Wanita yang pernah dikaitkan dengan penyanyi Aliff Aziz ini juga menyindir individu yang dikatakan hipokrit dan hanya ‘berlakon manis’ di depan orang ramai.
Sarah juga mendakwa dia pernah cuba meminta maaf tahun lalu, namun sikap sombong individu tersebut membuatkan usaha itu sia-sia.
“Jangan guna trauma orang untuk raih publisiti”

Sarah menegaskan bahawa dia menyebelahi Bella Astillah kerana tidak bersetuju dengan tindakan menggunakan kisah trauma peribadi demi meraih perhatian umum.
Dalam ciapan lain, Sarah menyentuh tentang dirinya yang tidak boleh menjadi terlalu lembut semata-mata untuk memenangi anugerah.
Pssttt! Apabila melibatkan trauma peribadi dan sikap bermuka-muka, tak salah kalau ada yang bersuara. Apa pun, biarlah diselesaikan secara matang dan bukan hanya untuk tontonan umum.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




