Lebih 1,000 Orang Datang Temuduga Kerja, Isteri Aliff Syukri Terharu

Lebih 1,000 Orang Datang Temuduga Kerja, Isteri Aliff Syukri Terharu

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida meluahkan rasa terharu apabila ramai yang datang untuk sesi temuduga di Wisma D’Herbs.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Shahida berkata dia melalui kesukaran untuk memilih calon terbaik dalam kalangan 1,000 orang yang datang untuk temuduga.

“Ya Allah saya tak sangka seramai ini yang datang untuk sesi temuduga terbuka hari ini.

“Hampir 1200 orang datang untuk pelbagai jawatan di Wisma D’herbs.

“Nak pilih pun susah sebab yang datang pun semua hebat hebat belaka,” katanya.

Dalam ruangan kapsyen juga, Shahida turut memaklumkan syarikat D’Herbs akan menambah cawangan terbaru dalam masa terdekat

“Insya-Allah, D’herbsa akan mengembangkan lagi perniagaan dengan menambah cawangan baru tidak lama lagi,” tulisnya.

Sementata itu, Shahida mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya melepasi saringan temuduga

“Apa pun saya nak ucapkan tahniah pada yang berjaya dan pada yang kurang bernasib baik mama doakan anda berjaya di tempat lain,” katanya.

Scroll to Top