Lelaki pecah masuk rumah pempengaruh dituduh esok

Lelaki pecah masuk rumah pempengaruh dituduh esok

am@hmetro.com.my

Bayan Lepas: Lelaki yang disyaki menceroboh rumah pempengaruh media sosial di Batu Maung, di sini, akan didakwa esok di Mahkamah Balik Pulau.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

“Suspek akan dituduh esok di Mahkamah Balik Pulau,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, suspek yang juga lelaki tempatan berusia 21 tahun itu direman selama empat hari sehingga 8 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Media sebelum ini melaporkan suspek terbabit dipercayai memasuki rumah pempengaruh yang dikenali sebagai Choii itu menerusi pintu belakang ketika pembantu rumah keluar membuang sampah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top