Oh! Tidak
Wanita luah kecewa selepas rumah pusaka keluarganya dirobohkan tanpa notis, niat nak bantu akhirnya makan diri.
Sedih dan kecewa. Itulah yang diluahkan oleh seorang pengguna TikTok, @ciktieliemi7319 apabila rumah pusaka keluarganya yang penuh kenangan telah dirobohkan tanpa sebarang notis atau rasa belas.
Rumah itu bukan sekadar tempat berteduh, tetapi menjadi saksi suka duka hidup bersama ibu bapa dan adik-beradik sejak kecil.
Ibu ‘pinjamkan’ tanah tapi abang ipar tak mahu pulangkan

Menurut perkongsiannya, tanah milik keluarga itu asalnya diserahkan kepada kakaknya semata-mata untuk membantu suami kakaknya membuat pinjaman perumahan.
Mengikut perjanjian mulut, tanah itu sepatutnya ditukar nama buat sementara je. Namun setelah pinjaman selesai, janji hanya tinggal janji.
Lebih memilukan, ibunya sendiri sempat merayu agar tanah itu dipulangkan kepada abang, namun permintaan itu tidak diendahkan sehingga ibunya meninggal dunia.
Ibu sendiri memohon agar tanah itu dikembalikan kepada abang saya, tapi abang ipar hanya diam… dan ibu pun pergi buat selamanya, tanpa sempat melihat keadilan ditegakkan.
Kalah di mahkamah, hakim ikut nama di geran
@ciktieliemi7319 Hari ini, saya menatap runtuhan rumah pusaka kami – rumah tempat saya membesar, tempat ibu dan ayah menyemai kasih, tempat air mata dan tawa bertemu. Kini, ia hanya tinggal kenangan… kerana telah dirobohkan, tanpa sebarang notis, tanpa sedikit pun rasa belas. Semuanya bermula dengan niat yang baik. Orang tua kami menyerahkan tanah itu kepada kakak demi membantu abang ipar membuat pinjaman perumahan. Tanah itu ditukar nama sementara – itu katanya. Tapi bila hutang telah selesai, janji tinggal janji. Ibu sendiri memohon agar tanah itu dikembalikan kepada abang saya, tapi abang ipar hanya diam… dan ibu pun pergi buat selama-lamanya, tanpa sempat melihat keadilan ditegakkan. Selepas ibu meninggal, abang ipar mengaku tanah itu miliknya. Abang saya bawa kes ke mahkamah. Dua tahun kami tunggu keputusan. Tapi sistem hanya melihat pada nama di atas geran. Bukan pada janji, bukan pada amanah. Kini, proses perbicaraan masih berjalan. Kami adik-beradik telah sepakat untuk tidak lagi meneruskan perjuangan ini – bukan kerana menyerah kalah, tetapi kerana kewangan dan tekanan emosi yang makin menghimpit. Abang ipar pula tanpa belas kasihan telah menukar nama semua tanah itu kepada nama anaknya…. Dan hari ini, kami menerima tamparan yang paling menyedihkan. Rumah pusaka yang penuh kenangan itu telah dirobohkan. Tiada notis. Tiada amaran. Hanya debu dan serpihan kayu yang tinggal sebagai saksi bahawa rumah itu pernah berdiri, menjadi tempat kami ketawa dan menangis bersama. Kisah ini mengajar saya satu perkara penting – harta boleh menyatukan, tetapi juga boleh memecahbelahkan. Jangan sesekali membiarkan nafsu memiliki mengatasi nilai kasih sayang dan amanah dalam keluarga. Rumah pusaka itu mungkin telah tiada, tetapi ingatan terhadap orang tua kami akan terus hidup – dalam hati, dalam doa, dan dalam setiap kenangan yang kami simpan dengan penuh kasih.
Perkara itu dibawa ke muka pengadilan. Namun setelah dua tahun berlalu, kes tersebut masih belum selesai.
Dalam masa yang sama, abang iparnya telah menukar nama tanah tersebut kepada nama anak mereka tanpa sebarang belas kasihan.
Kami adik-beradik telah sepakat untuk tidak lagi meneruskan perjuangan ini – bukan kerana menyerah kalah, tetapi kerana kewangan dan tekanan emosi yang makin menghimpit.
Apa yang lebih menyayat hati, rumah yang menjadi lambang kasih sayang keluarga telah dirobohkan tanpa sebarang notis.
Pssttt! Harta boleh jadi punca penyatuan, tapi juga mampu meruntuhkan kasih sayang keluarga. Semoga kita semua belajar agar amanah dan kasih sayang sentiasa diutamakan melebihi kepentingan dunia.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.