Acha Septriasa Sah Cerai, 5 Kali Suami Lafaz Talak

Acha Septriasa Sah Cerai, 5 Kali Suami Lafaz Talak

Pelakon terkenal Indonesia, Acha Septriasa telah pun sah bercerai dengan suaminya, Vicky Kharisma sejak 19 Mei lalu.

Memetik CNN, keputusan cerai talak satu itu ditetapkan oleh Mahkamah Agama Jakarta Pusat selepas Vicky gagal hari ke sesi perbicaraan yang telah ditetapkan.

BACA: Acha Septriasa Tamatkan Zaman Bujang Selepas 9 Tahun Bercinta

Sementara itu, Kompas melaporkan Acha telah memfailkan cerai pada 12 Disember tahun lepas atas alasan perselisihan berpanjangan sejak bertahun-tahun.

Malah, Vicky didkawa telah melafazkan talak sebanyak lima kali sejak Oktober 2021 sehingga November 2024.

Untuk rekod, Acha berkahwin dengan Vicky Kharisma pada 1 Disember 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Bridgia Kalina Kharisma kini berusia tujuh tahun.

Sumber: Kompas


Scroll to Top