Pernah Trauma Naik Pesawat, Intan Najuwa Minta Tips Elak ‘Anxiety’

Pernah Trauma Naik Pesawat, Intan Najuwa Minta Tips Elak ‘Anxiety’

Pelakon cantik, Datin Intan Najuwa berkongsi rasa trauma dan keresahan melampau setiap kali perlu menaiki kapal terbang gara-gara pernah melalui detik mencemaskan.

Menerusi satu hantaran di akaun Threads miliknya, Intan mendedahkan, dirinya masih dihantui pengalaman menaiki pesawat ketika sedang sarat mengandung anak sulung, Imane Lunara apatah lagi terpaksa berdepan ribut kuat ketika itu.

“Kali terakhir saya pergi melancong, saya sedang sarat kandungkan Lunara dan ribut pada ketika itu sangat teruk sehingga buat saya trauma.
Saya ingat lagi betapa takutnya saya di dalam pesawat ketika itu,” tulisnya.

Kini selepas beberapa bulan, Intan bakal kembali bercuti bersama keluarga pada minggu hadapan dan lebih istimewa, kali ini mereka turut membawa anak perempuannya itu bersama.

Namun, pengalaman lalu membuatkan aktres drama Racun Rihanna itu tidak tenang sekaligus meluahkan rasa bimbang berdepan situasi sama.

“Tak dapat dinafikan, anxiety itu sangat benar. Fikiran saya asyik bermain detik cemas ketika itu.

“Ada tak tips atau cara untuk membantu tenangkan rasa gelisah ketika menaiki kapal terbang?” soalnya.

Jelas Intan lagi, dia berharap dapat menikmati percutian kali ini tanpa berasa cemas dan takut seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Untuk info, Intan dan suami tercinta, Datuk Ahmad Azraf Azman mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Imane Lunara.

Scroll to Top