Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming sekali lagi membuktikan kuasa jenamanya apabila berjaya mencatat jualan luar biasa sebanyak RM1.2 juta dalam hanya 30 saat menerusi produk terbaharu, Rendang Daging Nyet Berapi.
“Kita berjaya meraih RM1.2 juta dalam 30 saat, rekod yang sangat luar biasa,” katanya.
Produk edisi ketiga di bawah jenama Sambal Nyet itu dijual pada harga RM17.99 seunit dan ditawarkan dalam berkas lima paket.
Rendang Nyet Berapi Khairul Aming laris terjual
Sebanyak 70,000 paket berjaya dijual dalam tempoh setengah minit, sekali gus mengekalkan Khairul Aming sebagai antara figura paling berpengaruh dalam jualan atas talian di Malaysia.
Pelancaran kali ini turut dimeriahkan dengan kejutan istimewa percutian ke New Zealand untuk lima pembeli terpantas.
Artikel lain: Cuma bawa diri! Khairul Aming taja penuh, bawa 5 pembeli terpantas Rendang Nyet ke New Zealand
Setiap pemenang boleh membawa seorang teman, menjadikan jumlah peserta seramai 10 orang dengan semua kos ditanggung penuh termasuk penerbangan, penginapan dan perbelanjaan.
Menurut Khairul Aming, lokasi pilihan adalah South Island, salah satu destinasi tercantik di New Zealand, yang bakal dikunjungi pada bulan Oktober bersempena musim bunga.
Tambah beliau, hubungan erat dengan pihak kedutaan New Zealand sejak pertemuan bersama Perdana Menteri negara itu tahun lalu turut menjadi faktor utama percutian impian ini direalisasikan.
Sumber: TikTok khairulaming