Penyanyi Shila Amzah mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran di ruangan Instagram miliknya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Shila dilihat memuat naik foto ibunya yang tersenyum manis beserta kapsyen.
“Mak kita punya happy momen.
“Kita doakan semua mak dijauhi orang-orang toksik. Yang penting family kita okay.
“Fokus untuk hari bahagia okay @mamazie68. Hari yang lebih baik menyusuli setiap langkahmu,” katanya.
Meskipun tidak mengulas lanjut, namun foto ibunya itu seakan-akan memberi gambaran bahawa Fauziah bakal menamatkan zaman solonya.
Lebih menarik perhatian, foto yang dimuat naik Shila itu didakwa diambil ketika Fauziah sedang mengadakan temu janji bersama pereka fesyen terkenal seolah-olah sedang membuat persiapan untuk hari istimewa.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Fauziah juga dilihat memuat naik semula hantaran Shila beserta kapsyen yang tertulis ‘Insyaa-Allah’.

Sebelum ini, Shila pernah mendedahkan ibunya kini sedang melalui fasa bahagia selepas berkenalan dengan seorang duda.
Penyanyi lagu Patah Seribu itu juga memaklumkan dirinya tidak menghalang ibunya mencari kebahagiaan baharu selepas berpisah dengan bapanya, Datuk ND Lala, pada Ogos 2023.




