Tengku Zafrul sah sertai PKR, ahli Cabang Ampang

Tengku Zafrul sah sertai PKR, ahli Cabang Ampang

Osaka: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan permohonannya untuk menyertai parti PKR diterima dua minggu lalu.

Tengku Zafrul berkata, beliau kini ahli PKR bagi Cabang Ampang.

“Saya tidak ingat tarikh (penerimaan permohonan) tapi ia adalah ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, dua minggu lalu,” katanya kepada media Malaysia di sini, semalam, ketika mengadakan lawatan ke Pavilion Malaysia bersempena Expo 2025 Osaka.

Pada 30 Mei lepas, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan menyatakan niat untuk menyertai PKR.

Menerusi surat kepada pimpinan UMNO, beliau melepaskan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top