Permohonan gali semula kubur Zara Qairina akan dibuat hari ini – Peguam

Permohonan gali semula kubur Zara Qairina akan dibuat hari ini – Peguam

news@nst.com.my

Kota Kinabalu: Permohonan untuk menggali semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, hari ini, menurut peguam Hamid Ismail.

“Kami baru dimaklumkan sebentar tadi dan sedang dalam perjalanan ke IPD Papar.

“Seterusnya, proses penggalian semula akan dilakukan di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol, Sipitang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.

AGC menerusi satu kenyataan memaklumkan, terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggali semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir secepat mungkin.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top