Sophia Albarakbah Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber Dan Gangguan Seksual, Polis Kata Tiada Bukti Kukuh Lagi! | Oh! Artis – Oh! Media

Sophia Albarakbah Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber Dan Gangguan Seksual, Polis Kata Tiada Bukti Kukuh Lagi! | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Sophia Albarakbah dakwa dibuli siber dan diganggu seksual. Polis kata belum ada bukti kukuh!


Pelakon jelita, Sophia Albarakbah masih menunggu keadilan selepas mendakwa menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual.

Menurut laporanĀ Kosmo, siasatan masih diteruskan namun belum dapat diklasifikasikan di bawah mana-mana seksyen undang-undang kerana Sophia belum menyerahkan bukti kukuh.

Perkara itu telah dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood.

Kita masih menunggu bukti-bukti yang dimaksudkan kerana setakat ini beliau hanya menyatakan dakwaan tanpa pembuktian yang jelas. Siasatan akan diteruskan selepas menerima maklumat tambahan.

Sophia Albarakbah buat laporan polis demi lindungi diri

Sophia

Semalam, Sophia membuat laporan di Balai Polis Travers selepas mendakwa menjadi mangsa serangan siber dan gangguan seksual, terutamanya selepas memenangi anugerah dalam sebuah acara hiburan baru-baru ini.

Tindakan itu diambil kerana gangguan yang diterima telah memberi kesan besar kepada kesihatan mental dan kerjaya seni Sophia menurut peguamnya, Aizat Izuan Shakeel.

Kontroversi di pentas anugerah

Bella Astillah Sophia Amt

Sejak Ahad lalu, nama Sophia kembali panas di media sosial selepas momen tegang bersama Bella Astillah di pentas Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025, ketika Sophia diumumkan sebagai pemenang trofi Selebriti Feminin Terhangat.

Pssttt! Kecantikan dan populariti tidak menjamin hidup bebas dari fitnah atau gangguan. Simpan bukti dan bertindak bijak supaya keadilan dapat ditegakkan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top