SHAH ALAM : Dalam usaha memperkukuhkan pembangunan pelajar secara holistik agar mampu memenuhi keperluan industri semasa dengan latihan serta pensijilan profesional bertaraf industri,Universiti Teknologi MARA (UiTM), melalui Pusat Kokurikulum dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), memperkenalkan Program Transformasi Kemenjadian Pelajar Kokurikulum (PTKPK).
Menurut Naib Canselor UiTM, Prof.Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin program tersebut merupakan kesinambungan daripada inisiatif terdahulu, iaitu Transformasi Kemenjadian Kepimpinan Pelajar Persijilan Kompetensi Profesional Industri, dengan pelaburan sebanyak RM7.5 juta dalam âCertified System Analyst on Artificial lntelligence(AI)â.
âProgram baharu ini diinspirasikan oleh visi strategik saya sendiri untuk memperkasakan pelajar kokurikulum, khususnya Komander Kesatria, agar lebih bersedia menghadapi cabaran industri masa hadapan.
âPelaksanaan program ini dipimpin oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Dr.Mohd.Sazili Shahibi,yang komited dalam memperkasakan potensi pelajar melalui kerjasama erat dengan industri,âkatanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran program tersebut di sini hari ini.
Shahrin berkata,inisiatif tersebut seiring dengan Model Pemerkasaan Mahasiswa UiTM (MPMU) yang bertujuan melahirkan graduan mampan, berkemahiran tinggi, serta holistik dalam era teknologi kecerdasan buatan (Al) yang pesat berkembang.
âAntara komponen utama inisiatif tersebut ialah program Amazon Web Services (AWS) re/Start iaitu program pembangunan kemahiran âcloud computingâmelalui pembelajaran praktikal, simulasi industri, serta bimbingan kerjaya termasuk persediaan penulisan resume dan temu duga.
âPeserta juga akan menduduki peperiksaan âAWS Certified Cloud Practitionerâ yang diiktiraf secara global.Program ini menyasarkan penyertaan seramai 6,000 pelajar tahun akhir dalam tempoh tiga tahun, tertakluk kepada dana dan penajaan yang disediakan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera,âujarnya.
Mengulas lanjut beliau berkata,program terbabit dilaksanakan melalui kolaborasi strategik dengan World Education Placement Services Sdn. Bhd. (WEPS) dan IEG Campus, dengan peruntukan RM5,000 bagi setiap peserta, menjadikan keseluruhan program bernilai RM30 juta.
Geran program tersebut diperuntukkan sebagai geran perundingan, dengan Datuk Dr. Hasrol Jono sebagai Ketua Perunding dan turut disertai Mohd. Sazili,Prof. Madya Ts. Dr. Basharudin Abdul. Hadi, dan Prof. Madya Dr. Alwi Mohd. Yunus. â UTUSAN
Habis
Â