Oh! Artis
Caprice berdepan saman RM4 juta dan mungkin berpindah negara seperti Sajat kerana tidak mampu.
Beberapa minggu lalu, kecoh di media sosial apabila Caprice dikenakan perintah injuksi selepas disaman oleh tiga individu termasuk Asyraf Khalid.
BACA: “Hidup Anak Papa” – Caprice Mohon Maaf, Terima Tiga Saman Termasuk Dari Asyraf Khalid
Isu bermula apabila Caprice meluahkan rasa tidak puas hati terhadap jemputan seorang jurulatih fitness yang sebelum ini didakwa memukul beberapa mangsa.
Caprice automatik kalah saman, terpaksa bayar RM4 Juta
Terbaru, Caprice sekali lagi menarik perhatian apabila bertindak memecahkan logo Munafik Hunter selepas mangsa-mangsa yang didakwa dipukul menarik balik laporan polis.
Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, tindakan menarik balik laporan polis itu akan menyebabkan dia kalah dalam kes ini sekaligus perlu membayar saman berjumlah lebih RM4 juta.
Kalau korang takut ataupun tak nak keadilan, tolonglah jangan cari Caprice. Disebab kes ni, kita terima ugutan bunuh, kita kena saman dan kita disenyapkan. Jangan cari Caprice, jangan cari Munafik Hunter kalau korang senang goyah.
Dalam masa sama, Cap turut menjual sticker Munafik Hunter untuk mengumpul wang bagi membayar saman tersebut atau berkemungkinan perlu berpindah ke luar negara seperti Sajat.
Pssttt! Berat dugaan yang Caprice hadapi sekarang. Semoga dia terus kuat mempertahankan keadilan dan tidak mudah mengalah demi kebenaran.
Kredit: Instagram Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.