PM Jumpa Amir Raja Lawak, Beri Sumbangan Wang Tunai

PM Jumpa Amir Raja Lawak, Beri Sumbangan Wang Tunai

Pelawak Amir Raja Lawak menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kedai makan ayam goreng miliknya di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan hari ini.

Memetik BH Online, Amir berkata dia tidak sangka perkongsiannya di Facebook mengenai hasrat untuk bertemu PM mendapat perhatian. 

BACA: Tak Banyak Tanya, Zizan Razak Terus Minta Nombor Akaun Nak Bantu Amir Raja Lawak

Menurut Amir Perdana Menteri bertanyakan mengenai isu gaji serta mengenai keadaan bapanya yang menjalani pembedahan kali kedua hari ini. 

“Perdana Menteri juga turut bertanya khabar keadaan ayah saya yang menjalani pembedahan kali kedua akibat kanser usus di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, hari ini.

“Kunjungan Perdana Menteri bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, hari ini, sejujurnya memberikan saya semangat untuk terus kuat menghadapi cabaran hidup. Malah, saya turut menerima sumbangan kewangan daripada kedua-dua pemimpin ini,” katanya.

Sementara itu, Amir berkata Perdana Menteri turut menitipkan nasihat kepadanya untuk bersabar serta sumbangan yang diberkan akan digunakan sebaiknya untuk bapanya yang sakit.

“Sumbangan yang diberikan akan saya gunakan sebaiknya terutama untuk membantu keluarga termasuk menyediakan keperluan termasuk ubat-ubatan untuk bapa saya yang sakit,” katanya.

Sumber: BH Online


Scroll to Top