Isteri kepada usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu, Datin Shahida berkongsi kisah seram yang dialaminya menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Menurut Shahida atau nama lengkapnya, Nur Shahida Mohd Rashid, kejadian seram tersebut berlaku tepat pukul 4 pagi apabila pintu biliknya tiba-tiba terbuka meskipun telah ditutup rapat.
Menyedari kejadian tersebut, Shahida sempat melihat kawasan sekeliling biliknya namun, tidak ada tanda-tanda orang memecah masuk kediamannya.
“Saya nak cerita satu kisah seram tau, ni betul wallahi.. malam tadi saya akan tidur tiba-tiba pintu bilik saya terbuka.
“Masa tu saya tidur tiba-tiba pintu terbuka dalam pukul 4 pagi. Lepastu masa tengok jam betul-betul jam pukul 4 pagi tau, masa tu saya meremang.
“Bila saya fikir rumah saya tu bukannya ada angin. Masa tu saya tak tidur dah, saya takut. Saya gelisah. kiri kanan saya pusing.
“Pintu tu berat, tertutup rapat tapi dia terbuka. Masa terbuka tu memang tak ada bunyi. Masa tu pula saya tidur dengan anak saya, sebab Datuk tidur dekat bilik kecil.
“Saya beranikan diri juga masa tu saya pergi tanya siapa tu. Tapi tak ada orang,” katanya.
Terdahulu, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan keluarganya dipercayai terkena penyakit ‘ain selepas semua ahli keluarga mengalami sakit mata yang teruk.




