Pelakon terkenal Sophia Albarakbah tampil mendedahkan dia menerima ribuan mesej lucah, fitnah dan ugutan di media sosial sehingga terpaksa membuat laporan polis.
Perkara itu dikongsi menerusi Instagram, di mana Sophia turut memuat naik tangkap layar mesej berbaur gangguan seksual daripada individu tidak dikenali.
Menurut Sophie, ramai mungkin mempersoalkan mengapa dia membuat laporan polis dan menganggap ia sekadar komen atau gurauan.
Namun, bagi dirinya, cyberbullying dan gangguan seksual bukan perkara main-main.
“Benda macam ni bukan lawak”
Dia menjelaskan mesej-mesej berunsur lucah itu memberi kesan mendalam kepada emosi dan maruahnya sebagai seorang wanita.
Malah, ia juga menjejaskan harga dirinya sebagai seorang manusia.
Sophia turut menegaskan tindakan ini bukan untuk memalukan sesiapa, sebaliknya untuk menunjukkan realiti sebenar yang berlaku di alam maya. Katanya, berdiam diri tidak akan mengubah apa-apa.

Di akhir perkongsian, Sophie memberi semangat kepada mangsa lain yang pernah melalui perkara sama bahawa mereka tidak keseorangan, sambil mengingatkan penyebar kebencian bahawa kata-kata mampu meninggalkan luka yang tak pernah sembuh.
Pssttt! Media sosial bukan tempat untuk merendahkan maruah orang lain. Hormati privasi dan batas, kerana setiap kata boleh menjadi luka yang kekal.
Kredit: Instagram Sophia Albarakbah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.