“Orang Yang Insecure Adalah Orang Yang Suka Membuli”- Sarimah Ibrahim

“Orang Yang Insecure Adalah Orang Yang Suka Membuli”- Sarimah Ibrahim

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Cik Puan Sarimah Ibrahim berpendapat, individu yang gemar membuli sebenarnya adalah mereka yang sering berasa tidak selamat dengan diri sendiri.

Jelas Sarimah, semakin seseorang itu gembira dan berjaya, semakin ramai pula yang rasa tidak senang melihat pencapaian tersebut.

Paling teruk, ada segelintir mereka yang menganggap individu tersebut sebagai ancaman untuk diri mereka.

“Dia macam ni, orang yang paling insecure dia akan buli kita. Dengan kehebatan dan kemampuan masing-masing

“Makin kita gembira, makin ada orang yang tak bahagia bagi kita.

“Masa kita nobody dulu, semua orang baik dengan kita dan nampak kita bukan threat. Padahal kita bukan threat.

“Setiap orang ada coping skill dia. So ada yang kalau coping skill dia rasa macam insecure, dia akan cakap dengan kita ‘Kita takutlah awak’, ‘kita tak bolehlah’ atau ‘Rasa macam tak okaylah’… Tapi itu saya boleh terima. Sebab, kita kaan sama-sama seelsaikan masalah tu.

“Tapi bila ada yang sejenis macam dalam otak dia rasa ‘kita nak bunuh awak’ itu bahaya,” katanya.

Perkara itu dikongsi Sarimah menerusi sesi podcast ‘Kita Kita Aje Podcast’ yang dihoskan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi.

 

Scroll to Top