Kejayaan yang diraih pempengaruh media sosial, Khairul Aming sempena jualan produk ketiganya iaitu Rendang Nyet Berapi pada Jumaat ternyata mengejutkan ramai pihak.
Mana tidaknya, sebanyak 70,000 unit produk itu telahpun habis terjual dalam masa hanya 30 saat.
Perkongsian itu sekaligus menyentuh hati warganet yang rata-ratanya memuji sikap Aming yang bijak dan penuh dengan strategi kuat apabila sentisa memfokuskan pada kualiti dan ‘timing’ produk keluarannya.
Bahkan, terdapat segelintir dalam kalangan warganet yang meluahkan rasa hormat terhadap cara perniagaan yang dijalankan anak muda asal Kelantan itu apabila melabel Aming sebagai seorang usahawan yang faham maksud sebenar muamalat dalam Islam.


Terdahulu, Aming memecahkan rekod barunya itu apabila berjaya meraih hasil jualan sebanyak RM1.2 juta dalam masa 30 saat dan 100,000 unit produk nya itu terjual dalam masa kurang 2 minit sahaja.




