Bedah Siasat Zara Qairina Mesti Siap Hari Ini Juga

Bedah Siasat Zara Qairina Mesti Siap Hari Ini Juga

Oh! Tidak

Bedah siasat Zara Qairina dijangka siap hari ini walaupun sampai malam, sebelum dikebumi semula di Sipitang


Suasana di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) hari ini jadi tumpuan apabila proses bedah siasat jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir tetap perlu diselesaikan sebelum hari berakhir. Kalau pun terpaksa berlarutan hingga malam, pihak keluarga mahu ia selesai juga hari ini.

Peguam keluarga arwah, Hamid Ismail memaklumkan setakat jam 3 petang tadi, semuanya berjalan lancar dan dijangka siap dalam sejam setengah hingga dua jam lagi.

Jenazah Zara Qairina terus dibawa ke Sipitang lepas selesai…

Peguam Zara

Menurut Hamid, sebaik saja proses selesai, jenazah akan terus dibawa pulang ke Sipitang untuk urusan pengebumian semula tanpa berlengah.

Bedah siasat masih lagi dijalankan. Jadi mungkin akan habis dalam sejam setengah ataupun dua jam, tapi kita harap lagi awallah. Tapi terpulang kepada proses bedah siasat.

Selepas habis, jenazah akan dibawa terus ke Sipitang untuk pengebumian semula. Hari ini juga. Kalau (selesai) malam, malamlah (jenazah dikebumikan semula).- Katanya kepada media.

Hamid turut memaklumkan, rakan guamannya, Shahlan Jufri berada di dalam bilik bedah siasat bagi memantau proses itu, manakala anggota polis berada di luar. Setakat ini, semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Pssttt! Ohmedia harap korang faham, setiap prosedur yang dibuat ke atas jenazah ada sebabnya. Ia bukan sekadar formaliti, tapi untuk memastikan setiap persoalan terjawab. Jangan cepat percaya cerita yang belum tentu sahih, hormati privasi keluarga yang sedang bersedih.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top