Suami Orang Kantoi Berkhalwat Dengan Isteri Orang, Pihak Berkuasa Jumpa Atas Siling! | Trending – Oh! Media

Suami Orang Kantoi Berkhalwat Dengan Isteri Orang, Pihak Berkuasa Jumpa Atas Siling! | Trending – Oh! Media

Trending

Suami orang kantoi berkhalwat dengan isteri orang di Kluang, cuba sorok dalam siling tapi tetap dicekup JAINJ.


Seorang lelaki berstatus suami dan bapa kepada dua anak akhirnya tumpas selepas dicekup khalwat dengan isteri orang di sebuah rumah di bandar Kluang, malam tadi.

Menurut laporan Kosmo, lelaki berkenaan cuba melarikan diri dengan memanjat siling selepas pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tiba di lokasi, namun taktiknya sia-sia.

Operasi tangkap khalwat hasil aduan orang awam

Berkhalwat

Menurut JAINJ, operasi bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang itu dijalankan selepas menerima aduan orang ramai mengenai rumah milik wanita berusia 30-an yang dipercayai menjadi lokasi perbuatan tidak bermoral.

Pasukan penguat kuasa mengetuk pintu hampir 45 minit, namun penghuni enggan memberi kerjasama. Sebaik dibuka, seorang wanita mendakwa tinggal seorang diri.

Kantoi dalam siling

Khalwat

Pemeriksaan lanjut menemui tangga dan siling yang terbuka. Salah seorang pegawai memanjat ke atas dan menemui lelaki berpakaian kemeja T putih dan seluar hitam sedang menyorok dalam gelap. Dia kemudian diarahkan turun serta-merta.

Pssttt! Buat salah, walau sorok setinggi mana pun tetap akan kantoi juga. Jaga maruah diri dan keluarga, jangan sampai terpalit skandal memalukan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top