Pemergian menyayat hati pelajar Sekolah Menengah Agama Tun Datu Mustpha iaitu Allahyarham Zara Qairina masih menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian yang tular di TikTok, individu didakwa pemandu van dan antara yang terlibat menggali kubur Zara mendedahkan momen ketika kubur remaja itu digali semula.
Katanya, mufti pada awalnya sudah menerangkan bahawa apa sahaja yang tertinggal termasuklah isi ataupun kain harus dikutip dan diambil untuk tujuan forensik bagaimanapun, jasad Zara ternyata masih utuh seperti tidak berusik.
“Liang tu kan kita pakai liang bawah bahagian tepi tu jadi Mufti sudah brief cakap kutip semua apa yang ada (isi atau kain yang dah terbuka dan melekat ke tanah).
“Selalunya, dari segi sains paling kurang pun kain dengan isi akan bercantum dengan tanah sebab cecair dalam badan kita akan keluar. Tapi dari segi logik, mereka keluarkan jenazah lengkap (Seperti tidak berusik) dan saya menangis sebaik sahaja melihat jasad itu masih lengkap,” katanya.
@areamalina Dari awal jenazah arwah zara dikeluarkan dr liang kita dengar pasal betapa ALLAH menjaga jenazah arwah zara, ALHAMDULLILAH yang ini dengar sendiri dari pemandu van jenazah arwah zara.ini baru satu keajaiban yang ALLAH tunjuk, Yang saya mahu share disini betapa ALLAH menjaga arwah zara dan dengan kuasa ALLAH jugaklah segala persoalan kita semua akan terjawab nanti Semoga kita semua mati dalam keadaan yang ALLAH reda…. Alhamdullilah post-mortem dan perjalanan pulang arwah zara ke sepitang serta pengebumian semula arwah semalam berjalan lancar. Perjuangan menuntut keadilan buat arwah zara kita akan teruskan. #justiceforzara #fyp #foryou #foryoupage #areamiphone #2025 ♬ original sound – RAMLES WALTER
Difahamkan, menerusi beberapa video tular di TikTok, jenazah Allahyarham Zara Qairina dikatakan berbau wangi ketika dikebumikan semula selepas prosedur bedah siasat dijalankan bagi tujuan siasatan lanjut.




