Ibu kepada pelakon jelita, Anna Jobling mengundang perhatian apabila memuat naik gambar berada di balai polis.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Ariz Arop dilihat menangis dan menunjukkan tangannya yang cedera akibat menumbuk cermin kereta.
Ibu Anna jobling buat laporan polis

Ariz mendakwa dia telah dikunci dalam kereta dan terpaksa menumbuk cermin kerana terkena panic attack.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila wanita ini membuat luahan mengenai pengorbanan ibu membesarkan anak.
Namun, pengorbanan yang dibuatnya didakwa tidak dihargai malah dibalas dengan perintah injunksi mahkamah.
“Lelah seorang insan yang bernama ibu”

Menurutnya, dia tidak gentar dengan peguam atau ‘gari’ yang dihantar. Dia sendiri sebelum ini sudah melalui pelbagai onak diri serta bergadai nyawa membesarkan anak.
Jika terpaksa masuk penjara sekali pun, wanita ini redha kerana Allah SWT sentiada di sampingnya.

Meninjau ke hantaran lain, ibu Anna Jobling ada memuat naik gambar bersama pelakon popular itu memberi gambaran mengenai masalah keluarga yang sedang dihadapinya.
Setakat ini, tiada sebarang respon diberikan Anna Jobling mengenai hantaran ibunya ini.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.