Kalau korang ingat kerja penjawat awam ni bebas bercakap apa saja, nampaknya kena fikir dua kali. Baru-baru ni, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, dedahkan ada 27 penjawat awam yang dikenakan tindakan tertib tahun lepas gara-gara keluarkan kenyataan awam, termasuk yang mengkritik dasar kerajaan.
Memetik laporan Berita Harian, kes ini direkodkan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berdasarkan data Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tahun 2024.
Penjawat awam tertakluk pada surat aku janji…

Dr Zaliha jelaskan, setiap penjawat awam tertakluk kepada ‘Surat Aku Janji’ yang diperuntukkan dalam Subperaturan 20(3) di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
Melalui surat ini, pegawai awam bertanggungjawab untuk ikut segala peraturan seperti Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling, dan arahan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh mereka berkhidmat dengan kerajaan.
Kritikan boleh cetus kegelisahan awam…
Beliau juga beri peringatan, kenyataan awam yang dibuat tanpa kawalan terutama bila melibatkan ketepatan data, boleh cetus kegelisahan orang ramai.
Setakat ini, kerajaan berpandangan peraturan sedia ada wajar dikekalkan bagi memastikan pegawai awam sentiasa menjaga tatakelakuan seperti yang ditetapkan.- Katanya.
Untuk yang tak tahu, kalau penjawat awam langgar peraturan, hukuman yang dikenakan bukan main-main. Mereka boleh dapat amaran rasmi, dikenakan denda, disekat kenaikan gred, diturunkan pangkat atau paling teruk diberhentikan kerja.
Pssttt! Buat korang yang kerja dengan kerajaan, berhati-hati bila nak keluarkan kenyataan di media sosial atau bercakap secara terbuka, terutamanya yang melibatkan dasar kerajaan. Kadang-kadang niat kita baik, tapi kalau salah cara atau langgar peraturan, boleh makan diri.
Kredit: Malaysiakini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!





