Peguam yang mewakili pelakon Anna Jobling tampil memberi penjelasan mengenai kemelut berlaku anak guamnya bersama ibunya, Ariz Arop.
Menerusi perkongsian di Insta Story, pegam Wan Nurliyana Abdul Rahmah berkata tidak terjadi sebarang pergelutan pada malam Ahad lalu dan ibu Anna tidak disentuh atau dikeluarkan dari kereta.
BACA: “Terkenal Je Terus Lupa Diri, Saya Seperti Anjing Kurap” – Ibu Anna Jobling

Menjelaskan mengenai dakwaan ibu Anna dikunci dalam kereta, peguam menjelaskan kereta boleh dibuka dari dalam dan tidak dikunci namun individu di dalam kereta tidak mahu keluar.

Turut kedengaran dalam satu video Anna meminta bantuan daripada individu dipercayai salah seorang peguam untuk mengambil kad akses miliknya.

Turut menjadi perhatian, peguam Anna memberi penjelasan mengenai proses untuk mendapatkan injunksi prohibitori dan Interim Protection Order (IPO) bukan mudah kerana memerlukan bukti yang kukuh.
“Mahkamah mesti berpuas hati berdasarkan bukti yang dikemukakan bahawa pemohon terdedah kepada ancaman sebenar, bahaya, dan keselamatan pemohon mungkin terjejas,” tulisnya.

Terdahulu, ibu Anna mendedahkan dia pernah menerima injunksi pada Disember tahun lalu larangan berjumpa dengan anaknya sendiri.
Sementara itu, Ariz berkata dia pernah menasihati anaknya itu supaya tidak lupa diri selepas popular dan tidak sangka dirinya dilayan seperti anjing kurap.