“Pembuli Dia Tak Pernah Minta Maaf, Tapi Minta Bergambar” – Isteri Dedah Trauma Ubah Sikap Yonnyboii

“Pembuli Dia Tak Pernah Minta Maaf, Tapi Minta Bergambar” –  Isteri Dedah Trauma Ubah Sikap Yonnyboii

Isteri kepada penyanyi rap terkenal, Yonnyboii iaitu Nik Nazira mendedahkan individu yang pernah membuli suaminya suatu ketika dahulu, langsung tidak pernah memohon maaf, sebaliknya kini tampil berlagak seperti peminat.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Nazira berkata dia dan suami pernah beberapa kali bertembung dengan individu terbabit yang bukan sahaja tidak menunjukkan rasa kesal, malah meminta untuk bergambar bersama.

“Pernah sekali dua terserempak… tak ada pun kata maaf, tapi minta pula bergambar, buat macam kawan baik.

“Selepas tahu trauma yang suami alami dulu, saya ajar dia untuk lebih tegas. Hidup ini terlalu singkat untuk jadi ‘people pleaser’,” katanya.

Nazira mengakui perubahan sikap Yonnyboii mula disedari ramai, namun ia satu perkembangan positif selepas suaminya sekian lama terperangkap dalam kesan trauma.

“Ya, dia bukan lagi pendiam seperti dulu. Dia pernah lalui trauma yang mendalam, tapi sekarang dia berani pertahankan diri dan apa yang dia mahukan.

“Kami pun dah nak masuk 30 tahun, bukan remaja lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Nazira turut berpesan kepada orang ramai agar berani bersuara mempertahankan hak masing-masing.

“Ini hidup anda, anda yang kawal. Tiada siapa akan rasa kesannya lebih daripada anda sendiri. Percayalah pada proses, insya-Allah semuanya akan jatuh pada tempatnya.

“Kalau rasa terbeban, cari seseorang untuk berkongsi. Jangan pendam seorang diri. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: “Pembuli Tak Kan Pernah Ada Rasa Insaf”- Yonnyboii

Scroll to Top