Jangan Fitnah Ibu Saya – Fattah Amin

Jangan Fitnah Ibu Saya – Fattah Amin

Pelakon Fattah Amin kesal susulan isu membabitkan ibunya, Azizah Abd Ghani serta anak perempuannya, Nur Fatima Aisya tular sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi sedangkan tidak tahu cerita sebenar. 

Memetik BH Online, Fattah menafikan dakwaan ibunya menyifatkan Fatima tidak comel dan tidak pandai serta isu tersebut memberi kesan kepada mereka sekeluarga.

BACA: “Tak Pernah Rugi Orang Yang Diam & Sabar” – Fattah Amin Dipuji Bijak Redakan Keadaan

“Sudah tentu ibu saya sedih. Tapi saya pesan pada ibu, tak perlu baca atau dengar benda-benda begini kerana orang luar tidak tahu cerita sebenar.

“Orang boleh buat macam-macam andaian, boleh bercakap apa saja, bahkan memfitnah. Tapi kalau perkara itu tidak betul, kita jangan terasa atau terkesan,” katanya.

Sementara itu, Fattah berkata hubungan antara Fatima dengan neneknya dalam keadaan baik serta meminta orang diluar sana menulis yang baik-baik serta tidak bercakap perkara yang boleh menimbulkan kebencian.

“Fatima okay saja, tiada reaksi negatif pun. Jadi, saya mohon orang ramai jangan keluarkan komen yang tidak wajar atau membuat andaian yang boleh menimbulkan fitnah.

“Setakat ini hubungan saya dengan anak, ‘mommy’ dia dan neneknya baik saja. Kami masih berjumpa dan keluar bersama,” katanya.

Sumber: BH Online


Scroll to Top