“Saya Bukan Pukul Tapi Sepak, Melampau-Lampau, Guna Panggilan Kau Aku”

“Saya Bukan Pukul Tapi Sepak, Melampau-Lampau, Guna Panggilan Kau Aku”

Ibu kepada pelakon Anna Jobling iaitu Ariz Arop mengakui pernah menampar anaknya mendakwa kerana sikapnya yang melampau namun bukan mendera seperti yang didakwa.

Menerusi sesi siaran langsung, Ariz berkata dia berbuat demikian mendakwa Anna bersikap kurang ajar sehingga menggunakan panggilan kau aku.

BACA: “Oh Lupa Anak Saya Pelakon” – Ibu Anna Tunjuk Video Dakwa Dikunci Dalam Kereta

Dakwa Ariz lagi, Anna sudah banyak berubah selepas dia popular dan seolah dirinya sudah tiada makna lagi buat anaknya itu. 

“Saya bukan pukul tapi sepak (lempang). Bila melawan, melampau-lampau, pakai panggilan kau aku, jadi saya sepak dia.

“Bukan saya pukul untuk dera dia atau patahkan kaki, memang tidak. Saya mengharaplah anak akan jadi baik dan menjaga kita. Tapi, Anna sudah banyak lari dari landasan dan banyak berubah.

“Lepas dia popular, ada kelab peminat, ada peguam dan dijaga syarikat pengurusan, management, saya sudah tak ada makna bagi dia,” katanya.

Sementara itu, Ariz mendakwa hubungan dia bersama anaknya berantakan kerana ada campur tangan pihak ketiga termasuk dalam urusan peribadi mereka.

“Banyak punca dan perkara ini sudah lama. Sebahagian dari punca bergaduh adalah banyak campur tangan orang ketiga.

“Saya dengan Anna selalu jadi panas dan bergaduh. Banyak campur tangan pengurusan dan pengurusan kelab peminat dia. Macam kelab peminat dia terlampau banyak campur tangan urusan peribadi saya dengan Anna,” katanya.

Sumber: HibGlam


Scroll to Top