Netizen Ungkit Kes Lama Haneesya Hanee Di Kelab Malam, Mak Anna Jobling Jawab, “Orang Lain Sebarkan”

Netizen Ungkit Kes Lama Haneesya Hanee Di Kelab Malam, Mak Anna Jobling Jawab, “Orang Lain Sebarkan”

Oh! Artis

Ibu Anna Jobling nafikan anaknya sebarkan video Haneesya minum arak, kata ada pihak lain yang buat.


Konflik di antara pelakon cantik, Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop menyebabkan ada netizen mengungkit kisah lama yang berlaku semasa pertandingan Dewi Remaja 2018/2019.

BACA: Ini Penjelasan Peguam Anna Jobling, Jawab Semua Tuduhan Satu Persatu

Netizen ‘berkampung’ di TikTok pelakon Haneesya Hanee mengungkit kemenangan yang diraihnya dulu tetapi ditarik semula susulan kontroversi di kelab malam.

Ibu Anna nafi anaknya sebarkan video Haneesya

@ebi52171

mak anna sendiri pun cakap bukan Anna yg sebar pasal video lama dulu tu. kenapa semua nak kena kaitkan isu Anna & mak dia yg skrg dgn isu masa zaman DR tu? aku bukanlah pembenci Anna, and takdela minat beria. biasa2 je. tapi tengok komen kaitkan isu anna skrg dgn kes 4-5 tahun lpas tu macam kelako kejap 🤣 #annajobling

♬ original sound – Ebi521 – Ebi521

Menerusi satu sesi live di Instagram, ibu kepada Anna Jobling tampil menjawab soalan panas daripada netizen tentang dakwaan anaknya menyebarkan video Haneesya Hanee minum arak.

Aunty tak tahu. Aunty tak rasa anak aunty yang sebarkan video tu, ada orang lain. Kalau you tanya betul ke Anna yang sebarkan video Haneesya tu, setahu aunty Anna tak sebarkan video, ada orang lain yang sebarkan.

Jawapan tersebut sekali gus menafikan tuduhan terhadap Anna, sambil memberi bayangan bahawa ada pihak lain yang bertanggungjawab menyebarkan video tersebut.

Pssttt! Rasanya tak perlu kaitkan dengan isu yang dah lama berlalu kan? Lagi pula, Anna sudah membuat penafian dirinya terlibat dalam penyebaran video kontroversi itu.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top