Jean-Paul bimbing Sabah FC

Jean-Paul bimbing Sabah FC

KELAB Liga Super, Sabah FC mengumumkan pelantikan jurulatih berpengalaman dari Australia, Jean-Paul de Marigny sebagai pengendali baharu The Rhinos bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2025/26, berkuat kuasa Rabu.

Jean-Paul lebih dikenali panggilan JP sinonim dengan bola sepak Liga Australia, pernah membimbing kelab Western Sydney Wanderers, Newcastle Jets serta Melbourne Victory yang merangkul gelaran juara liga 2014/15 dan 2017/18.

Selain itu, beliau juga mempunyai rekod membimbing pelbagai peringkat umur skuad kebangsaan Australia, termasuk terbaharu selaku penolong jurulatih kepada Brad Maloney bagi skuad Bawah 17 tahun negara berkenaan.

“Selamat datang ke Sabah FC, Coach Jean-Paul,” tulis kelab tersebut di laman rasmi mereka, menandakan bermulanya era baharu buat Rhinos.

Scroll to Top