Usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli dilihat ada mengulas mengenai isu mengenai isu kemelut antara aktres Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop.
Menerusi sesi siaran langsung, Kak KM berkata dalam isu berkenaan dia menyebelahi Anna serta menyifatkan aktres tersebut seorang yang baik.
BACA: “Asalkan Duit Masuk” – Kak KM Tak Peduli Aksi Merangkak Promosi Program TV Dikecam
Sementara itu, Kak KM berkata dia ada meninggalkan komen mengenai isu tersebut di satu portal dan ramai yang bersetuju dengannya.

“Terus terang, Kak KM memang sebelahkan Anna Jobling sebab aku pernah shooting dengan dia.
“Dia orangnya, walaupun tak kenal rapat, kita boleh tengok orang tu, dia sangat jujur dan baik. Anna ni memang seorang budak yang baik,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai ibu Anna meluahkan rasa kecewa serta mendakwa anaknya berubah selepas terkenal.
Menurut Ariz lagi, dia pernah menasihati anaknya itu supaya tidak lupa diri selepas popular dan tidak sangka dirinya dilayan seperti anjing kurap.
Sumber: Threads




