“Diam, Jika Teruskan. AIDS”, Rafizi Ramli Dedah Mesej Ugutan Diterima Isteri | Trending – Oh! Media

“Diam, Jika Teruskan. AIDS”, Rafizi Ramli Dedah Mesej Ugutan Diterima Isteri | Trending – Oh! Media

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan bahawa isterinya menerima mesej ugutan mengejutkan selepas insiden anak lelaki mereka yang berumur 12 tahun diserang semalam.

Menurut laporan Berita Harian, mesej tersebut diterima pada jam 1.45 tengah hari dan seakan mengancam sesuatu.

Diam, jika teruskan, AIDS.

Turut disertakan emoji picagari, seolah-olah mengancam untuk menjangkiti anak mereka dengan virus berbahaya.

Ugutan dikaitkan dengan skandal wang?

Rafizi Ramli

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan percaya ugutan ini adalah cubaan untuk menutup mulutnya daripada membongkar sebuah skandal besar.

Memang ada satu kumpulan ‘whistleblower’ datang pada saya Rabu minggu lepas mengenai satu skandal berkaitan wang. Pihak terbabit tahu kalau saya sudah mula lihat satu skandal, saya akan ‘go deep’. Mereka nak saya ‘move on’ dan tidak meneruskannya.

Bagaimanapun, Rafizi memilih untuk tidak mendedahkan butiran penuh skandal tersebut buat masa ini.

Rafizi Ramli tetap akan memerhatikan

Rafizi Ramli

Walaupun menerima ugutan yang menyasarkan keselamatan keluarganya, Rafizi memberi bayangan bahawa beliau tidak mudah gentar dan tetap akan memerhatikan perkembangan skandal itu.

Pssttt! Ancaman terhadap keluarga bukanlah cara untuk menghentikan kebenaran. Jika benar berada di pihak yang betul, teruskan perjuangan tetapi pastikan keselamatan orang tersayang terjamin.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top