Trending
Anwar Ibrahim sedia mohon maaf pada Muhyiddin jika dakwaan isu subsidi RON95 tidak benar, tunggu hasil siasatan MCMC.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan menunggu keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kenyataan yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Menurut laporan Harian Metro, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, beliau tidak keberatan memohon maaf kepada Muhyiddin jika hasil siasatan mendapati sumber dakwaannya tidak sahih.
Kalau dipastikan tidak ada sumber yang sahih, itu satu kesilapan. Saya tidak ada masalah (meminta maaf).
Muhyiddin Yassin tuntut permohonan maaf

Terdahulu, Muhyiddin meminta Anwar menarik balik kenyataan yang mendakwa beliau menyokong pemberian subsidi kepada warga asing, sambil mendesak Perdana Menteri memohon maaf secara terbuka.
Anwar menjelaskan, kenyataannya sebelum ini adalah berdasarkan laporan yang diterimanya, dan beliau telah meminta MCMC menyiasat sumber asal maklumat tersebut, bukan menyiasat Muhyiddin secara peribadi.
Anwar Ibrahim tuntut MCMC sahkan dulu

Anwar turut menegaskan terdapat salah faham apabila ada pihak mengatakan MCMC diarahkan menyiasat Ahli Parlimen Pagoh itu.
Saya kata sumber ini daripada 1, 2, 3. Tolong siasat sama ada sahih atau tidak. Kalau tidak sahih, memang kenyataan itu tidak benar. Tapi biar tunggu keputusan MCMC dahulu.
Pssttt! Dalam berpolitik, fakta dan bukti harus jadi keutamaan. Salah langkah, ucapan boleh jadi senjata yang memakan diri.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.