Anak sulung pasangan Ina Naim dan Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ehmad Hadie Elhardie mahu meneruskan legasi bapanya dalam bidang nyanyian.
Memetik Oh Bulan, Hadie berkata dia mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa meskipun dia tidak menuntut di sekolah harian boleh membanggakan ibu bapanya.
BACA: Ina Naim Dedah Anak Kedua Tak Setuju Kahwin Lagi
“Antara hasrat terakhir arwah ayah ialah dia mahu melihat anak-anak menyambung legasinya dan saya mahu melakukan itu.
“Saya juga nak buktikan meskipun saya tak bersekolah normal tetapi saya nak buat terbaik untuk membanggakan ibu ayah saya,” katanya.
Hadie yang menyertai program ‘Talk To My Manager’ berkata dia berpegang pada pesanan arwah bapanya yang meminta untuk menyelitkan mesej dakwah dalam nyanyian serta menyifatkan ianya peluang untk mengembangkan lagi bakatnya.
“Arwah ayah juga pesan itu tidak lari dari dakwah di mana dalam nyanyian juga boleh diselitkan mesej-mesej kebaikan.
“Dan pada saya program yang saya sertai ini menjadi batu loncatan buat saya untuk kembangkan lagi bakat dan karier saya. Mungkin awal-awal ini saya kuncup (malu) tetapi lama-kelamaan saya pasti akan kembang dan terbiasa,” katanya.
Sumber: Oh Bulan