Netizen Terkejut Tengok Harga Bip Anak Intan Najuwa

Netizen Terkejut Tengok Harga Bip Anak Intan Najuwa

Baru-baru ini pelakon Datin Intan Najuwa ada berkongsikan momen pertama kali membawa anaknya, Imane Lunara menaiki kapal terbang.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen apabila ada yang membuat carian mengenai bip yang dipakai oleh Imane.

BACA: Intan Najuwa Nafi Show Off Kemewahan, Mahu Beri Inspirasi

Menerusi satu perkongsian di Thread, individu berkata dia berminat dengan bip berkenaan namun tidak jadi untuk membeli apabila melihat harganya mencecah ratusan ringgit.

Difahamkan, harga bip berkenaan RM249 sekaligus membuat netizen yang lain terkejut serta tidak menyangka ianya boleh mencecah ratusan ringgit.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan jika mahu membuat bayaran ansuran untuk bip berkenaan juga perlu berfikir panjang.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan itu baru harga bip belum lagi barangan Imane yang lain sudah pasti buatkan mereka terkejut.


Scroll to Top