“You All Ingat I Anjing Ke?” – Ibu Tegur Peguam Anna Jobling

“You All Ingat I Anjing Ke?” – Ibu Tegur Peguam Anna Jobling

Trending

Ibu Anna Jobling dedah sebab sebenar ambil peguam, kecam ayat “put her on a leash” dalam dokumen undang-undang.


Ibu kepada Anna Jobling iaitu Ariz Arop sekali lagi menjadi perhatian apabila tampil menjelaskan sebab sebenar menggunakan khidmat peguam melibatkan kes dengan anaknya.

BACA: “Betapa Dia Bongkak” – Ibu Dedah Terima Injunksi Larangan Jumpa Anna Jobling

Perkara ini timbul selepas ramai membuat andaian bahawa beliau mahu ‘berlawan’ dengan anak sendiri.

Ibu Anna ambil peguam bukan untuk berlawan

Menurut Ariz, tindakan itu terpaksa diambil selepas peguam Anna terlebih dahulu menghantar surat teguran kepadanya.

Ibu Anna Jobling

Disebabkan itu, beliau perlu membalas surat tersebut menggunakan khidmat peguam juga, memandangkan pihak satu lagi sudah diwakili peguam.

Ibu Anna Jobling
Ibu Anna

Kecewa peguam Anna guna perkataan kurang sopan

Beliau juga meluahkan rasa kecewa apabila membaca dokumen undang-undang yang menggunakan frasa “put her on a leash” yang merujuk kepada tali anjing.

Ibu Anna menyifatkan perkataan itu biadab dan tidak beretika.

Peguam
Peguam Anna

You all ingat I anjing ke? Even my lawyer said this is RUDE!

Dalam masa sama, ibu Anna meluahkan rasa sedih dengan ujian yang dilaluinya namun tetap reda dengan takdir Allah.

Pssttt! Ingatkan dah habis, rupa-rupanya isu berlarutan lagi. Semoga ibu dan Anna mencapai jalan penyelesaian.

Kredit: Instagram Mama Jobling
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top