Baru-baru ini, pelakon sensasi Ruhainies ditemu bual oleh Malaysian Pay Gap yang merupakan platform media sosial yang berkongsikan mengenai tahap gaji atau pendapatan secara terbuka.
Menerusi temu bual itu, Ruhainies berkongskan dia sudah berada dalam industri hiburan tanah air hampir 10 tahun dan meraih pendapatan mencecah RM100,000 sebulan.
BACA: Netizen Dakwa Nampak Kelibat Aliff Aziz, Ruhainies Di KLIA
Menurut Ruhainies, selain berlakon dia turut menjadi duta bagi jenama produk, pemasaran afiliasi serta kerjasama dengan beberapa jenama.
“Saya menjadi duta jenama, membuat pemasaran afiliasi, berlakon, dan berkolaborasi dengan beberapa jenama.Pendapatan saya sebagai artis sekitar RM50,000 hingga RM100,000 sebulan.
“Di Instagram, saya mempunyai 1.7 juta pengikut, manakala di TikTok saya mempunyai lebih 700 ribu pengikut,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya sama ada dia memilih barangan berjenama atau mampu milik, Ruhainies berkata dia mementingkan kualiti.
Turut menjadi perhatian, Ruhainies berkongsikan barangan yang sering digunakannya antaranya gincu bibir berharga RM200 serta sunscreen hanya berharga RM16.
“Daripada segi pilihan barangan, saya lebih fokus pada kualiti berbanding harga. Jika sesuatu itu sesuai dengan saya, sudah tentu saya akan membelinya,” katanya.
Sumber: Threads