Jefri Nichol Mengaku Makan Daging Babi Sebelum Lawan Tinju | Oh! Artis – Oh! Media

Jefri Nichol Mengaku Makan Daging Babi Sebelum Lawan Tinju | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Jefri Nichol mengaku makan daging babi untuk tambah berat badan.


Kadang-kadang, cara orang nak capai target berat badan memang pelik tetapi yang ini memang buat ramai terkejut.

Pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol, mengaku sendiri dia makan daging babi sebelum bertarung dengan El Rumi dan dia juga mengesahkan dia seorang muslim.

Video lama Jefri Nichol potong daging babi kembali tular…

Video podcast lama Jefri Nichol mula kembali tular selepas dia kalah dalam perlawanan tinju pertamanya. Dalam rakaman itu, hos secara berseloroh tanya sama ada dia pernah makan daging babi, satu soalan yang awalnya mereka sendiri rasa mustahil untuk dengar jawapan ya.

Dengan selamba, Jefri menjawab, “Untuk menaikkan berat badan, saya memakan daging, ya termasuk beberapa daging babi juga.” Dia kemudian menambah, “Saya juga seorang muslim,” sambil ketawa bersama hos.

Sebelum ini, netizen Indonesia pernah berdebat apabila ada video menunjukkan Jefri memotong daging yang didakwa mirip daging babi. Ada yang kata itu sebenarnya daging wagyu tetapi pengakuan dia dalam podcast membuktikan sebaliknya.

Kata netizen yang sinis, Khabib Nurmagomedov pun tidak pernah terfikir untuk makan daging babi walaupun dalam usaha menjadi legenda UFC.

Kalah dalam aksi tinju ulangan…

Beberapa minggu lepas, Jefri kembali ke gelanggang untuk bertarung dengan El Rumi dalam aksi ulangan kerana tidak puas hati dengan kekalahan pertama. Malangnya, dia tumbang lagi, kali ini hanya dalam masa 38 saat apabila pengadil menghentikan perlawanan dengan TKO.

Jefri mengakui dia mengalami bahu terkehel ketika itu, membuatkan El Rumi menang mudah.

Pssttt! Tidak kira betapa besar pun matlamat kita, cara yang kita pilih untuk mencapainya sangat penting. Korang kena ingat, jangan sampai usaha nak capai sesuatu membuatkan kita melanggar prinsip atau pegangan hidup sendiri.

Kredit: Aplikasi X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top