Sophia Albarakbah Pernah Disamakan Dengan ‘Taufu’ Sebab Lembut

Sophia Albarakbah Pernah Disamakan Dengan ‘Taufu’ Sebab Lembut

Pelakon Sophia Albarakbah memberitahu sifat lemah lembutnya adalah semula jadi dan bukannya dibuat-buat.

Memetik Harian Metro, Sophia berkata ketika kecil dia seorang yang pendiam dan takut dengan orang, berbeza dengan kakaknya seorang yang tegas dan berani.

BACA: Bukan Gila Publisiti, Sophia Albarakbah Tunjuk Bukti Terima Mesej Lucah

“Saya anak nombor dua daripada empat beradik perempuan. Dari kecil dulu, saya tak bersuara langsung. Orang tanya nama, saya diam. Saya ‘introvert’ dan takut orang. Tapi kakak saya berbeza pula, tegas dan berani. Apapun, bila dah makin besar dan terbabit dalam industri ini (seni) takkan sampai bila nak macam itu.

“Tapi kadang-kadang tak ada orang yang saya kenal, macam itulah. Bagaimanapun saya bukan sombong sebab kalau orang tegur, saya akan jawab,” katanya.

Menurut Sophia lagi, dia masih ingat lagi kenangan ketika zaman persekolahan apabila tidak diterima menjadi pengawas kerana cikgu mengatakan dirinya lembut seperti taufu.

“Saya ingat masa itu, kakak saya seorang pengawas dan mommy saya pula memang nak semua anaknya jadi pengawas. Kakak saya pun beritahu kepada cikgu.

“Tapi saya taknak pun (jadi pengawas). Namun selepas pergi ‘interview’ pengawas itu, kakak saya balik rumah beritahu mommy saya tidak diterima.

“Kakak saya cakap pada mommy, cikgu beritahu dia yang saya lembut macam ‘taufu’, tak boleh jadi pengawas. Suara pun tak boleh dengar,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top