[VIDEO] Noh Salleh & Isteri Bakal Timang Bayi Perempuan, Majlis ‘Gender Reveal’ Raih Tumpuan

[VIDEO] Noh Salleh & Isteri Bakal Timang Bayi Perempuan, Majlis ‘Gender Reveal’ Raih Tumpuan

Selepas hampir setahun diuji kehilangan cahaya mata, penyanyi dan komposer popular, Noh Salleh kini kembali dengan khabar gembira apabila isterinya, Fatin Athira Mustapa, dipercayai hamil anak perempuan.

Momen penuh emosi itu dimuat naik oleh beberapa rakaman video di Instagram Story (IGs) Noh yang berkongsi video sekitar majlis gender reveal mereka.

Video berkenaan memaparkan semburan kertas berwarna merah jambu yang menandakan bakal lahirnya seorang puteri.

Lebih mengharukan, wajah Noh, 40, jelas tidak mampu menyembunyikan rasa syukur dan teruja ketika mengumumkan berita itu di depan keluarga dan sahabat.

Bagaimanapun, usia kandungan isterinya masih belum didedahkan kepada umum.

Imbas kembali, pada September tahun lalu pasangan ini pernah melalui detik duka apabila kehilangan anak sulung ketika dalam kandungan.

Untuk rekod, Noh mendirikan rumah tangga bersama Fatin pada September 2023.

Sebelum itu, vokalis kumpulan Hujan itu juga pernah berkahwin dengan penyanyi dan aktivis sosial, Mizz Nina pada 2011 namun sah bercerai pada Ogos 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki seorang anak angkat lelaki diberi nama Musa.

Scroll to Top