Kucing Kakak Sophia Albarakbah ‘Catwalk’ Pentas Akhir Cat Fashion Week

Kucing Kakak Sophia Albarakbah ‘Catwalk’ Pentas Akhir Cat Fashion Week

Tidak hanya menyerlah dalam dunia lakonan, keluarga pelakon jelita Sophia Albarakbah turut mencuri perhatian apabila kakaknya, Sharifah Nurulawwal atau Awwal, melangkah ke pentas akhir Cat Fashion Week bersama kucing kesayangannya, Chibbu.

Program realiti berkonsepkan fesyen kucing itu bakal disiarkan esok jam 9 malam di TV3, menampilkan Chibbu yang sering menjadi tumpuan kerana perangainya yang unik, termasuk gemar makan buah tembikai serta suka diurut seakan-akan manusia.

Menariknya, setiap kostum yang digayakan Chibbu direka khas oleh Awwal yang juga pereka fesyen.

Untuk pentas akhir, pasangan ini bakal tampil dengan tema Kerajaan Mesir Purba lengkap hiasan batu permata dan fabrik eksklusif, selepas pernah mempersembahkan karakter lanun pada sesi pra-penjurian lalu.

Difahamkan, minat keluarga Albarakbah terhadap kucing sememangnya luar biasa apabila ada antara mereka membela sehingga 22 ekor si bulus.

Komitmen Awwal sebagai ‘cat parent’ jelas terserlah apabila memastikan Chibbu bersedia mencuri perhatian pada malam kemuncak.

Adakah Chibbu bakal dinobatkan sebagai juara Cat Fashion Week? Sama-sama nantikan jawapannya esok, jam 9 malam, hanya di TV3.

 

Scroll to Top